Sunday, November 22, 2009

Futsal Jelajah Selangor

Aku rasa blog ni macam sunyi jerk skang.. Yerlah, posting pun dah jarang, nak buat macam mana, banyak kterbatasan.. Huh!! Banyak tul citer-citer yang pending.. What to do??
Ari Ahad lepas, 15/11/2009 berlangsung Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S yang bertempat di Sports Planet Sungai Buloh anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Selayang n Penggerak Belia Tempatan(PeBT).. Aku mewakili PeBT Zon 17 juga telah menghantar 1 pasukan untuk bertanding.. Sayangnye aku takleh nak main, sebab aku juga terlibat sebagai penganjur..
Kalau nak diikutkan, team ni kira aku baru setup la, so tak pernah main sekali, training pun tade langsung.. Tau-tau main jerk.. Team aku diletakkan dalam Kumpulan a, gelanggang utama(bunyi macam dahsyat).. Huhu.. Perlawanan Pembukaan juga team kitaorang yang main.. 1st n 2nd game kalah, 1-2, dua-dua game kitaorang lead dulu.. Tapi mental x kuat kot.. Huhu.. Last game kitaorang drew tanpa jaringan.. Untuk pertama kali nye penyertaan, aku consider kira okay lah tu..


Thank to player-player n pembantu-pembantu pasukan..

Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Jalan Pusing KL

Pagi Jumaat lepas sedara dari Singapura tiba di KL Sentral lebey kurang pukul 7.15.. Dorang plan duk sini sampai ari ahad malam.. Seperi yang dijanjikan, kitaorang pergi la nak amik dorang kat sana dengan 2 kereta.. Tiba-tiba boley plak keta aku rosak.. Haish!! Rosak kat depan Duta Vista.. Sebab keta kitaorang yang rosak nih, jam 1 KL sebab orang sume berpusu-pusu nak gi keje.. Sowie sume2 yang terkena jam tuh.. Water Pump bocor la.. So, panggil la tow truck insurans.. Sejam lebey gak la tunggu tow sampai, tow yang lain bersepah-sepah la datang, Haish, laju tul dorang nih carik makan.. So aku uruskan jugak sedara-sedara nih, mana yang muat masuk keta aku, aku bawak balik, yang lain aku mintak dorang naik tren..
So pagi tuh, dorang breakfast kat umah, then dalam tengahari dorang nak gi genting.. So tugasan aritu, aku ngan yan yang jadi driver.. Bawak dorang gi genting then turun bawah balik.. Then aku bawak dorang gi sunway lagoon, so dorang decide nak stay sana.. Tinggal dorang kat sana, then aku ngan yan pun balik.. Malam tu janji nak amik dorang kul 10 plak, nak bawak dorang gi uptown danau kota then pusing-pusing KL.. Tugasan yan sebagai driver diambil alih oleh Apeng.. Huhu.. Thanks Bos, tolong aku.. Then ada la cerita kurang menarik yang berlaku malam tu kat KL.. Kena tahan roadblock.. Huh!! Wat malu Malaysia jerk!! Nak tau citer?? Sowie x leh nak citer sini..

Sabtu tengahari bawak dorang gi putrajaya, before tu bawak gi Istana Negara dulu.. Bangga woo dengan Istana.. konon nak gi macam2 la, tapi keadaan cuaca x mengizinkan.. Memang dah musim hujan.. Pusing punya pusing, bawak dorang gi Bukit Langat/Ampang.. Tgk view KL.. Memang rezeki dorang, sampai2 jerk,x ujan, elok jer abis amik gamba, dalam 5 minit camtu, hujan turun dengan lebatnye.. Huhu..
After that, bawak dorang gi serdang, umah Pak lang.. Lama gak kat umah pak lang, borak-borak n makan-makan sampai kul 11 gak arr..

Ari ahad tu aku x dpt bawak dorang jalan, ada futsal(akan dicerita kemudian).. Anyway, sonok dapat bawak dorang jalan-jalan tgk KL.. Rasa macam aku ni leh jadi Duta Pelancongan jerk.. Huhu..

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Compliment

me tak kenal u sangat kan..
i junior u..
but my 1st impression abt u is u are SMART!
i mean the way u talk, speak and your study!
even now i still have that impression on you!...
=)


-From AKI kat facebook-

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Pilihan Apa

Sabtu & Ahad berada di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah Kuala Kubu Baru.. Kem Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan(PeBT).. PeBT yang terlibat pada sesi terakhir ini adalah MPS, MBSA, MDHS, MDSB, dan MBPJ..

Kadang-kadang dalam dunia ni kita perlu membuat pilihan mana yang lebih penting.. Contohnya, biler jer dapat surat dari SUK berkenaan Kem nih, aku jammed kejap.. 7hb Zaid Nikah kat masjid wilayah, 8hb Nana mintak shoot birthday anak dia kat McD Kota Damansara, kedua-dua nih aku dpt undangan sebelum dpt surat SUK..

Selamat Pengantin Baru kepada Zaid & Nasir!! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Hukhukhuk.. lagi sorang member baik da kawin.. Waaa zaid, no more fun2 lorr, da jadi bini orang.. Hihi..

To Nana nye son, Happy Birthday Adam!! Sowie x dpt nak shoot!! Birthday lain la eh..

Berbalik ke cerita kem, yang seronoknya, dapat merapatkan lagi silaturahim dengan Pengerusi-Pengerusi PeBT khususnya PeBT under MPS yang sama-sama ngan aku, amnya dengan teman-teman seperjuangan lain di negeri Selangor..

Dari segi perlaksanaan Program, tamo komen kat sini, aku da komen kat borang kaji selidik, n aku jugak dah bangun ke depan semasa dialog ngan YB Amirudin, Puan Kiera dari SUK, n wakil pegawai PBT Puan As.. Aku kira pandangan aku tuh biasa2 jerk, cuma diharapkan di program akan dtg, boleh la diperbaiki segala kelemahan yang wujud nih..

Anyway, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Sekreteriat Belia Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, n kepada seluruh peserta yang terlibat..

Ingatlah kata-kata Saudara Hasmi Hashim, Belia ini akan membawa perubahan besar kepada Negeri Selangor..

-Sahsiah, Sosial, Sukan, Seni, Sukarelawan-

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Cerun Runtuh


Awal pagi mlm tadi dah Dapat berita mengenai Cerun Runtuh kat Bukit Kancing Jalan Rawang Selayang, setakat ni tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.. Sepatutnye terus bergegas ke tempat kejadian, sebab kebetulan berada dalam Zon 1 MPS, n DUN Templer.. Tapi sebab pagi ni mmg dah ada program kat Menara MPAJ..

Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Secara Serentak 5 Draf Rancangan Tempatan Negeri Selangor oleh YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor.. Turut Hadir adalah YB Iskandar Abdul Samad EXCO Kerajaan Negeri, YB Azmin Ali, n YDP2 PBR serta kakitangan2 kerajaan Negeri, Ahli-ahli Majlis, n orang ramai.. Draf Rancangan ini akan dipamerkan selama sebulan..

Then lepas abis majlis terus bergegas ke lokasi cerun runtuh, Jalan Rawang Selayang Bukit Kancing.. Terima taklimat dari Ketua Operasi n terus melawat kawasan cerun runtuh.. Dalam beberapa minit, rombongan YAB Dato' Menteri Besar Selangor tiba di lokasi..

Diharapkan tiada kemalangan jiwa berlaku dan sisatan menyeluruh perlu dilakukan, pihak yang bertangungjawab perlu menerima akibat dari kejadian ini.. Harap-harap jalan bukak la esok yer..

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP